Tuesday, March 25

Contest Chriszen Moist Cake. ~give away~

No comments:
Rezeki  rasa macam lebih sikit bulan ni. so mula terfikir fikir nak buat give away.. 
tapi give away ni bukan entry blog tapi di facebook.


cara-cara untuk join :

1. add sy di FB Ohlala Mekap
2. Like gambar seperti diatas
3. Cipta sebuah slogan utk chriszen moist cake
3 Tag seramai mungkin kawan-kawan di ruang comment gambar tersebut

Tarikh tutup: 25/4/2014
Keputusan di umumkan beberapa hari selepas tarikh tutup
Pemenang akan sy PM/inbox di FB.. 
tq. 

Wednesday, March 19

Resepi Oopsie Bread (Atkins Menu) yang Sedap

1 comment:
haluuuuuu after a longggggg time Diet ke laut. badan dah rasa kembang lain macam. So Reinduction Balik. kali ni tekad nak diet relax relax sudeh... enjoy the journey instead of pressuring myself.. lagipun bila tengok kalendar tiada plan nak bercuti or balik kampung dalam masa terdekat. so ini lah masa yang terbaik untuk memulakan semula Diet yang kelaut itu... kalau dapat buat 1 minggu secara konsisten. itu dah cukup baik untuk aku yang memang selalu hangat hangat tahik hayam hehehe.. so kali ni diet senyap senyap je. tak nak heboh heboh..(aku just post kat kelab Diet Atkin Group FB..berkongsi semangat kate kann) sebab aku belajar dari kesilapan kalau banyak cakap mesti lepas tu apa pun tarak.. bayangkan kalau kepoh dalam FB cakap diet tapi bila orang jumpa aku kat luar masih maintain seperti  ikan buntal.. kekekeke..

RESEPI OOPSIE BREAD

.
  Bahan-Bahan;

3 Biji Telur
100g Cream Cheese  philadephia/tantura                          
Esen Vanilla
sesudu kecil Baking Powder

Nota: kalau beli cream cheese yg 250g tu guna la 7 biji telur. ni aku buat 300g cream cheese philadephia.beli lah kat kedai kek, sebab lagi murah.
secubit garam ( i tak letak pun)

Cara-Cara;

1. Asingkan Putih Telur dengan Kuning Telur
2. Pukul Putih Telur Sampai jadi kembang putih (meringue). dan ketepikan.

Inilah Rupa meringue bagi yang tidak tahu.


3. dalam bekas yg laiin, Pukul Telur Kuning, esen vanila,baking powder  cream cheese pulak sampai sebati.
4. campurkan adunan kuning telur ke dalam meringue secara kaup balik.
5. panas kan oven,  kalau nak cantik letak dalam bekas yang ada jual kat kedai kek tu. kalau mcm aku, aku amik senduk tuang je  kat atas pan periuk ajaib agak agak bulat.

6.Siappppp. bau dia sangat wangiii.

**Buat Banyak banyak simpan dalam Fridge. masa sangap nak makan, amik sekeping...




Tuesday, March 11

Pray For MH370

No comments:



Instagram: Husnaohlala

Dikala Malaysia tengah sibuk dengan Kemarau, sana sini sibuk berceritakan catuan air,
tak sempat nak bernafas susah hati, sibok menakung air, kecoh plak kes hanez suraya rampas laki liyana manan
sana sini orang sibuk kecam hanez suraya dan Sekarang, cerita tu tenggelam langsung lepas anuar ibrahim dijatuhkan hukaman penjara 5 tahun, Kapal Terbang MAS pulak hilang..
betul betul huru hara. TV dan FB mmg tak de cite lain.
Misteri Kehilangan Kapal Terbang MAS MH370
macam macam spekulasi
yang bijak pandai semua turun. ahli sains, malahan bomoh.
yang ahli sastera siap berpuisi..
rasa macam tak sempat berehat, satu per satu cerita sensasi,
yang paling menakutkan bila ada telahan bahawa ini satu konspirasi US..
Ya Allah... risau nye..
Semoga apa apa pun, kesemua anak kapal dan penumpang MH370 selamat kembali kepangkuan yang tersayang
Semoga Malaysia Terus Aman dan Semoga Malaysia tak diuji dengan perkara buruk seperti kemarau.
tak boleh bayangkan hidup  aku tak de air. sehari pon minum 3-4 liter